Salam dan hai semua.
.........................................................................
Wedding of Nurul Zaadah & Ashraf Mustakim
Date: 31 August 2012
Venue: Kuantan, Pahang
...........................................................................
Hai dearies,
Saya rasa lama sangat dah tak menulis. Bila nak start menulis balik..kaku pulak. Tak reti nak start macam mana heee..So, saya ingat nak cerita about my deng aka my best friend's wedding lah. Her wedding day was on Merdeka Day, 31 August 2012 haritu.
Since majlis nikah diadakan pada Jumaat pagi, malam sebelum tu saya datang ke rumah beliau untuk tolong apa-apa yang patut as last preparation. Plus, saya yang mendeko her hantaran, so bawak sekali hantaran malam tu. Oh ye, kalau nak tengok hantaran dia, klik here.
Malam tu, saya kerjakan lagi hantaran dia. Buat sirih junjung pulak. Dengan sirih yang sedikit je, puas jugaklah godek-godek nak hasilkan sirih junjung dia. Alhamdulillah, menjadi jugak sirih junjung malam tu. Lepas tu, her hand bouquet pulak. Peach hand bouquet. Just a simple one. As requested by the bride-to-be (now already a wife =) ). Bakal pengantin time tu sibuk macam-macam. Itu dan ini tak siap lagi. But mostly yang kecik-kecik lah. And we all know perkara yang kecik-kecik ni lah lagi remeh. Tak terkejar tengok dia. Saya pun turut sibuk atau buat-buat sibuk hihihi.. Seronok juga. Terkenang time preparation kahwin dulu-dulu. Ecece..
Tak habis setakat tu..lepas tu kitorang set-up guestbook corner pulak. Lastly, touch up her inai and ukir bunga kat tangan pengantin. Wallah..saya memang fail la bab ukir inai ni.. Actually tak pernah pun, in fact time wedding dulu saya memang tak ukir pun inai. Have no idea T_T. Pengantin punya pasal, saya try jugak lah. Menjadi jugak tapi tak simetri tsk T__T. Kesian kat pengantin. Sorry ye deng! Hee...
Ok stop pasal preparation. Now tibalah ke wedding day. Jeng jeng jeng. Pengantin sungguh berseri-seri. Suka sangat! Ha..fyi, pengantin make-up diri sendiri tau. Cantik!
Sah suami isteri =)
Mendengar amanat dan nasihat yang berguna daripada ustaz tentang hidup berumahtangga.
Selepas zohor baru pengantin lelaki tiba di rumah pengantin.
Love her wedding dress. Nice colour!
Alhamdulillah, another best friend of mine menjejakkan kaki ke alam rumahtangga. New phase. Banyak lagi la cabarannya. InsyaAllah semoga hubungan mereka berdua sentiasa diberkati Allah dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Amin..
Doa buat pengantin,
Kita doakan deng bahagia bersama suami dan keluarga tercinta dunia dan akhirat. Semoga hubungan kalian sentiasa diberkati dan dalam lindungan Illahi. Jaga diri, jaga suami dan jaga keluarga. Eh eh, jadi 'jaga' pulak kan. Haha. Love you so much. And yang paling penting..semoga persahabatan kita kekal dunia dan akhirat. InsyaAllah.
Much love,
masmOna