Salam dan hai semua.
Sihat tak? Dah makan?
Hehe.Apa lah i tetibe tanya soalan camtuh. Takde keje :P
.........................................................
Sekarang ni i mahu buat pengumuman. Penting. Sila take note (ye, untuk menampakkan ia sangat penting). Maka dengan ini saya mengistiharkan bahawa saya sudah jatuh chenta dengan...................doily paper!! Yehaa! -_-
Hik. I tak tahu kenapa suddenly suka sangat. Sebab ia sangat cute. Pn Purple Lady kata ia comel, murah dan simple! Hehe ;) Jangan marah ye. I bergurau je pasal pengumuman penting tuh. Tengah busan nih, maka ini lah tabiat dikala bosan huhu. Ampun -_-
Hari ni i takde apa nak buat. Tadi terfikir nak DIY centerpiece. Yang simple punye jeh. Nak tengok? Jangan gelak tau. Ini amatur punya gubahan. Huhuhu.
Ni dia..

Cantik tak? Huhu. I suka sangat. Sebab dengan penggunaan doily paper, centerpiece dah jadi cantik. Centerpiece macam ni sesuai di letak di meja makan khas untuk famili pengantin. Supaya orang luar tak duduk di situ. Boleh tak camtu? Hihi =)
Simple je tau nak DIY centerpiece nih. Mula-mula kita mesti ada bahan-bahan.

Bahan-bahan : (dari kiri) Lidi, Glass, Gunting, Gam UHU, Riben pink dan putih, doily paper, bunga yang telah digubah mengikut citarasa masing-masing.
Bahan-bahan semua dah ada kan? Seterusnya, ikat riben pada glass dan tampal riben yang telah siap di bentuk macam gambar di bawah.

Seterusnya, masukkan bunga yang telah digubah ke dalam glass. I bungkus styrofoam tu dengan aluminium foil dan cucuk-cucuk bunga padanya. Gubah mengikut kreativiti masing-masing. Kemudian, lilit lidi dengan riben putih. Guna gam untuk lekatkan ia.

Selepas itu, lekatkan doily paper pada lidi yang telah dililit dengan riben. Tempek riben kecil kalau nak nampak lagi cantik. Huhu.

Dan..Cucuk lidi doily paper tuh pada bunga. Taaraa!! Dah pun siap. Boleh juga guna word "Thank you" sebagai appreciation kepada para tetamu yang hadir =)

Selamat mencuba ya!
=)