Salam.
Warning: Entry ni berbaur geli sikit. So kalau terasa geli tayah baca k. Hiks ;)
Dugaan time bertunang ni memang hebat kan? Tak sampai sebulan pun bertunang dugaan yang datang memang hebat bagai ribut badai melanda (ceh ayat nak exaggerate :D ) Itu lah yang berlaku pada i dengan Encik Tunang, tapi takde lah sampai ribut petir melanda bagai. I rasa memang dah adat dalam perhubungan mesti ada pasang surutnya. Tapi, jangan lah terlalu kerap pasang dan surut tuh. Kalau terlalu kerap, macam something wrong lah with the relationship kan? Satu hari dua hari tiga hari takpe :D
Last 2 weeks i pergi induksi. Sepanjang relationship with Encik Tunang, 2 minggu tu lah masa yang paling lama we both berjauhan. Seriusly, memang tersiksa jiwa raga you. Sebab dah terlalu biasa berdekatan jadi memang ralat sikit lah relationship selama dua minggu tuh. Encik Tunang i dah jadi super-sensitive-i-dont-know-why time tuh. Mungkin terlalu jauh? Mungkin juga salah i sebab terlalu busy time kursus tu dengan ceramah, activities and so on. So beliau macam terasa di abaikan.. Tapi it's not pun sayang. I'm truly sorry if that time u really terasa diabaikan T_T
Tapi..
Walaupun kita berjauhan time tuh, i tetap sayangkan u. I tetap rindukan u. Gila-gila rindu tahu? Tapi, at one time boleh pulak u cakap i tak rindu u. I sedih sangat time tuh. I tak tahu kenapa u dingin sangat. Macam heartless pun ada. I tak tahu. Wuu T_T U fikir macam-macam yeh? Takut i bermesra dengan lelaki lain? Hiks. Tak mungkin lah sayang. Mana mungkin i menduakan u. U adalah insan terbaik yang i pernah miliki dalam hidup i. Jangan pernah hilangkan kepercayaan u pada i. Ok?
I love u..
...........................................................
Ok. Itu semua cerita yang dah lepas. I just nak kongsi kesahkaseh kami di sini :) Now we both dah berbaik-baik seperti sedia kala. Penat tau bergaduh berselisih faham ni. Banyak tenaga kita guna. Tak percaya? Perasan tak kalau kita gaduh kompem penat nye kan? Penat nangis lagi, ni selalunya girls lah termasuk i hehe :D Memang crybaby betul -_-
Time balik dari induksi, Encik Tunang pick me up at hospital since i pergi naik kenderaan jabatan. Then, he treated me at Crocodile Rock (orang Kuantan pasti tahu tempat nih ;) ) It was a lovely evening :) Thanks a lot dear..Hugs!!
Truly happy because i've met him at last. Rindunyeh time nih. Walaupun dah di depan mata, i still rindu -_- (sila jangan muntah)
Him with Sirloin Steak yum2!
Her with Chicken Grill yum2!
Pengajarannya: Kalau nak gaduh boleh, tapi jangan lama-lama. Tersiksa you. Hehe :D
p/s: I love you now, then and forever.
No comments:
Post a Comment