Daisypath Anniversary tickers

29 December 2010

Tudung nikah

Salam dan hai semua.

Teringin nak pakai tudung camni time nikah atau sanding. Huuu..Lawa!

Source: Google

Credit: Jaja

Oh lawa kan dia nih? Tudungnya pun lawa!
*drooling heheh*

Sangat-sangat admire her tudung.
Tapi itu cuma angan-anganku saja.
Mana tahu boleh jadi anganku musnah? Haha.

Ish ish, positif positif positif!

Walau apapun yang akan terjadi nanti, i tawakal sahaja. Huhuhu.

Wedding Preparation: Entry tanpa gambar

Salam dan hai semua.

Tinggal tak kurang dari sebulan je nih until our wedding. Rasa macam rilek rilek je nih walaupun banyak juga perkara yang belum settle. Haha. Sila gabra sekarang mas!

Sedikit sebanyak tentang preparation yang sudah dibuat until now;

1. Segala jenis tempahan
Tempahan pelamin, MUA, baju, photographer, kek semua telah dibuat awal-awal lagi. Kecuali kek..baru je tempah.

2. Door gift
Sabtu lepas bersempena Krismas, mama jemput semua mak pak sedara, adik beradik dia berkampung di rumah saya untuk siapkan door gift. Gigih juga semua menyiapkan door gift tu hehe. Ada jadi tukang gunting riben, ada yang masukkan gelas dalam transparent box, kanak-kanak masukkan sweets dalam gelas dan mak sedara dan pak sedara yang kretif sikit ikat riben. Macam kilang dah rumah saya tuh. Haha =p Mama just amek port sekejap2 je..sebab dia jadi chef nak bagi pekerja-pekerja makan. Saya pula sibuk tempek sticker kat gelas. Tapi, walaupun dari pagi kitorang dah start buat, sampai petang pun tak habis lagi. Hua..Malam tu kitorang sambung buat balik. Tapi just me and my familiy lah..sebab orang lain dah balik. Penat woo..Rasa mahu pengsan -_-

3. Kebenaran kahwin
Yang ni TAK SIAP LAGI! Dah kena bebel dengan En Nazirul Mubin sebab lambat settlekan kebenaran kahwin ni. Huhu.. InsyaAllah will do it this week!

4. VIP gift
Sekarang saya tengah gigih menyiapkan VIP gift nih. Nak buat 150 je pun. Untuk family future in law. Tapi still tak dapat siapkan jugak. Tiap malam mesti ada je mama membebel sebab tak siap2 VIP gift itu. Hehe. Takpe, sempat lagi kan nak siapkan before wedding? Kalau tak siap, alamatnya bakal in law saya balik tangan kosong. Huaa. Takmo takmo -_-

5. Pre-wedding
Ni satu lagi kes. Dah beberapa kali tak dapat nak buat pre-wedding. Sad T_T But, insyaAllah we will do it in January..Hopefuly Januari ni dah kurang hujan dah. Hehe.

6. Hantaran
Setakat ni, barang yang besar-besar semua dah beli. [post]

7. Honeymoon
Yang ni pun perlu preparation jugak ke?? Of course! Haha =p Baju ehem ehem saya sudah beli hikhik. Gaji bulan depan saya akan beli lagi, boleh? Part booking2 semua saya dah serahkan kepada En Nazirul Mubin. Huhu.

Maaflah sebab entry ni just pasal preparation saya jeh. Dah lah takde gambo. *malas nak upload* hehe =p

.......................................................

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami.
Kuatkanlah jodoh kami dan bahagiakan kami berdua di dunia dan akhirat. InsyaAllah.

28 December 2010

Sebulan lagi...

Salam dan hai semua.

Hari ni genap lagi sebulan sebelum majlis kami.
Oh..lagi sebulan!

Semoga segala perancangan akan dipermudahkan dan berjalan seperti yang telah dirancang.
Doakan kami ye =)

p/s: jemput jemput datang our wedding..jangan malu-malu..hehe

22 December 2010

Oh My Wedding Sticker!

Salam dan hai semua.

Hi korang!

Hari ni happy berganda-ganda.
Yehuu =)

Sebabnya, wedding sticker saya sudah siap!
Boleh lihat post lama di sini.
Petang tadi lepas balik kerja terus pegi amek.
Oh, happy lagi!

Gambar ni di ambil dalam kereta En Tunang.
Tak sabar-sabar. Terus je nak snap snap snap. Haha =p

Ni setelah ditempek pada glass Ikea itu.

Berikut adalah description about my order:

Size: 1.5 inch x 2 inch
Colour: Transparent
Kuantiti: 500 pcs
Harga: RM200
Kedai sticker: Unique Engraving, Bukit Sekilau, Kuantan

Tapi kan, kuantiti untuk tempek kat glass dah jadi 498.
Sebab 2 biji dah ditempek pada kereta En Nazirul Mubin.
Punye lah tak sabo nak tempek.
Gila jakun =p

Promo promo =)

DIY: Guest Book Sudah Siap!

Salam.

Hi korang!
Hoh. Excited nih.

Kepada sesiapa yang sudi datang majlis saya nanti..
Kalau kamu ternampak buku di bawah ini..

Jangan lupa say hai tau?
Hihihhihi

Sila conteng-conteng dengan senang hati.
Saya tak kesah pun.
Tapi, jangan lah mencarut2 pulak inside.
Eh, ada ke orang yang nak mencarut?
Hehe.

19 December 2010

Deco Idea: Hang Flowers in Bottle

Salam again.

I suka betul dengan something yang boleh digantung-gantung seperti ini.

Source: Oncewed

Flowers in bottle. Simple. Me like!
Boleh di realisasikan nih.

=)

18 December 2010

Hantarans Hunting part 2

Salam dan hai semua.

Sabtu lepas both of us went to KL for hantaran hunting. Yuhuu! Refer this post : Hantarans Hunting! Gila gedik kan siap nak ke KL untuk beli barang hantaran bagai. YES kan. Mesti takkan melepaskan peluang nye =p

Alkisahnya Sabtu tu kami tiba di KL around 11 am. Konon-konon nak pegi lagi awal, kul 10 ke sampai sana..tapi last-last kul 11 juga. Lagi satu, konon-konon nak pegi dua mall jeh, alih-alih jadi empat lak. Haha.

We went to.....OU --> Mid Valley --> KLCC --> IKEA

Ye..saya tahu kami sangat gigih! Haha. Penatnya tayah cakap le. Tapi bila tengok segala barang-barang yang dibeli, memang puas hati sangat-sangat. Happy! =)

Nak tahu ke apa yang kami dah berjaya grab? Hik. Malu lak nak bagitau =p *gedik lagi*

OU

Dapat handbag, his kemeja, his seluar.

Mid Valley

Makan jap. Lapar dah time nih -_- Pastu sambung hunting! Kat sini dapat kasut hantaran i, kasut nikah, his shoe & perfume. Part beli perfume paling best sebab SA kat Metrojaya tu sangat baik. Memang bagus sungguh PR. I siap bodek2 lagi tak dapat extra free gift ke apart from free gift yang memang i patut dapat =p Tak sangka dapat! *tak sia-sia usaha i* Hehe.

Nak carik kasut nikah paling paling susah! Aih! Cerewet sungguh i nih. Bling-bling, warna putih/silver/off-white. Itu je criteria yang i nak. Pun susah jugak. En Tunang dah pening2..nak marah pun ada. Hehe. Nasib baik dia sungguh penyabar *walaupun kadang2 tak hehe * Dah jumpa dah time kat OU tu actually. Tapi takde size lah pulak. Hampa. Alhamdulillah dapat jugak akhirnya di Mid Valley nih. I sangat suka! I love u mid valley muah :*

KLCC

Masa ni dah petang dah. Dalam 5 lebih. Memang terbaik lah jam! Padan muka kitorang. Tapi still gigih jugak nak pegi sana. Sebabnya, time kat OU En Tunang dah terbekenan kat satu suit nih. Size semua dah ok. Tapi malangnya suit tu kotor lah pulak. Tamau. SA kat situ call branch kat KLCC, luckily ada and he reserved for us =)

So, kat KLCC dapat suit, his hantaran shoe, wallet, belt, neck tie and jeng jeng jeng..*hehe* Nanti lah i cerita jeng jeng jeng tu. Hik =p

Lastly!

IKEA

Kat sini mama pesan glass IKEA tu. Dia nak tambah lagi kuantiti glass. Takut tak cukup katanya. Plus, i dapat DUDERO lamp Ikea yang murah. Hik. Akan digunakan untuk deco bilik dan seterusnya deco rumah nanti *bila dah ada rumah lah*
DUDERÖ Floor lamp black, white Height: 54 " Base diameter: 8 " Shade diameter: 12 " Cord length: 8 ' 8 "  Height: 137 cm Base diameter: 21 cm Shade diameter: 30 cm Cord length: 2 m 65 cm
Source: IKEA

Secara kesimpulannya, perjalanan kami hari Sabtu memang sangat-sangat berbaloi. Huhuhu. Kami tiba di Kuantan dengan selamatnya pada pukul 2 pagi. Amin.

Lega pasal hantarans =)

15 December 2010

Bride & Groom Tshirt

Salam dan hai semua.

Baru tiga hari i tak online, dah macam-macam update dari kamu-kamu semua. Ah. Rasa ketinggalan gila. Orang dah pegi ke Penang, haku baru kat Segamat. Ok. Takde kaitan. Haha. Baru-baru ni ada kursus 3 hari kat Institut Penilaian Negara (INSPEN), Bangi. Itu yang tak online tu -_-

Rindu gila kat kamu-kamu semua. Tapi lagi rindu pada En Tunang. Hik. Malam ni i masih tak sempat nak blog hoping pada semua. Sempat telek-telek satu dua jeh. I tengok blog Kina dah lain dah. Pantas ya kamu? Hehe.

I baru sampai Kuantan petang tadi. Sesampainya kat rumah, i nampak ni..

Hoyeh!! Sudah tahu apakah isi dalamnya. Sebab dari Kak Qistin. Happy sangat sebab dah dapat tshirt yang sudah lama ku tunggu. Huhu. Puas hati sangat. Harap-harap En Tunang i pun suka jugak baju ni.

Lepas ni boleh order tshirt King & Queen pulak. Ye tak? Ngehehehe =p

Thank you Kak Qistin! =)

07 December 2010

Our Wedding Date

Salam dan hai semua.

Wedding Bauble

Bismillahirahmanirahim.

Saya ingin mengumumkan tarikh perkahwinan saya dan cinta hati,
En Mohd Nazirul Mubin bin Mohamad

jatuh pada (ceh, macam pengumuman puasa pulak =p)

Nikah:
29 January 2011 (Sabtu)

Sanding:
30 January 2011 (Ahad)

Tandang:
5 February 2011 (Sabtu)

Teman-teman, rakan bloggers dan semua dijemput untuk memeriahkan lagi majlis kami.

Ini lebih kurang macam pre-save-the-date lah.
I tak sempat lagi nak buat pic save-the-date. Ampun -_-
Nanti bila dah siap, i post ok?

=)

Hantarans Hunting!

Salam dan hai again.

Sabtu ni...
InsyaAllah kami akan ke KL again for hantarans hunting!!
Teruja pulak.

Hik.

.......................................................................

Nak update sikit bout our hantarans-to-be hehe

For Him

1. Sirih junjung
2. Wedding ring - sudah beli
3. Perfume set
4. Kasut
5. Kemeja & tie
6. Sejadah & tafsir
7. Jam - sudah dibeli petang tadi. Mula-mula just nak survey jeh. Tapi, bila dah berkenan sangat, kami pun beli jeh huhu. I happy sangat tengok muka en tunang. Sunguh berseri-seri lepas dapat jam idaman. I pun turut hepi =)
8. Wallet & Belt
9. Buah
10. Coklat
11. Kek

.........................................................................

For Her

1. Sirih junjung
2. Wedding bangle - sudah beli. Happy! =)
3. Mas kahwin
4. Duit hantaran
5. Perfume set
6. Kasut & Handbag
7. Mengkana & tafsir - mengkana sudah beli
8. Gadget
9. Sunglass - sudah beli
10. Buah / Coklat

Suka hati jeh ada sepuluh for me.
Nak gabung which hantaran nih untuk jadikan ia sembilan?

..........................................................................

Sabtu ni will hunt for shoe (both), handbag, his wallet, belt, kemeja, tie and perfume (both). InsyaAllah.
Cukup lah kan one whole day?
Sebab mungkin akan pergi KL balik hari jeh.
Dah biasa dah buat camtu. Hehe.
Penat?
Aih, tayah cakap lah.
Memang penat.
Tapi..harap-harap penat Sabtu ni berbaloi.
Dah dapat all hantarans kan?
Hihi =p

Nak pergi shopping mall mana nih..
Mid Valley?
OU?
KLCC?
Pavilion?

Kalau boleh nak pergi yang ada complete package.
Semua yang kami nak, ada.
Tapayah pegi banyak-banyak shopping mall.
Tak penat sangat. Hehe.

Any suggestions b2b or ex-b2b?
Huhu.

06 December 2010

My Wedding Bangle & His Wedding Ring!

Salam dan hai semua.

Lama sudah kita tidak ketemu bukan? Woahhh rindu sungguh nak berblog tapi apakan daya..i busy sungguh dengan preparation, kerja dan macam-macam lagi lah.

Pejam celik pejam celik lagi 1 bulan 3 minggu 1 hari until our wedding day. Grrrrr..Debaran kian terasa nih!

................................................................................

Sabtu baru-baru ni i turun KL bersama Encik Tunang. Ada wedding senior i kat UM actually. Lepas tu, terus hunting my wedding bangle and his wedding ring! Happy =) Kiranya macam sambil menyelam minum air lah nih hehe.

Lebih-lebih lagi ada ini..

Lagilah i teruja =)

Mula-mula dalam plan nak beli bracelet, tapi bila dah survey-survey kelmarin, rasa macam lebih berkenan pada bangle la pulak. Harganya pun hmmmm lebih padan dengan budget kami. Berbanding dengan bracelet yang lebih mahal. Hehe.

Lepas i dah berkenan pada satu bangle nih, turn En Tunang pulak cari wedding ring beliau. Dia pilih sekejap jeh, i je yang lama gila pilih haha. Biasa lah dah nama pun perempuan =p Tapi, bila dia dah pilih yang berkenan, i pulak yang sibuk-sibuk nak pilih untuk dia. Saje nak memeningkan kepala. Hihihi. Seriusly, i memang cerewet lah bab-bab membeli ni..pastu susah nak buat keputusan. Pastu selalu kena bebel dengan En Tunang. Padan muka! =p

Lepas bayar tu apalagi..tersenyum meleret-leret sorang-sorang. Hihihihi. Happy!!

Alhamdulillah..dah settle lagi 1 benda. Lepas ni...hantaran hunting, yay!

=)

18 November 2010

Alkisah Wedding Sticker

Salam dan hai semua.

Adakah kamu semua masih ingat tentang door gift saya, yang ini?

Adakah kamu semua masih ingat yang saya juga mahu sticker pada glass tersebut, seperti ini?

Cerita pasal rubber stamp pun tak habis lagi (eh, ye ke?) saya dah sibuk-sibuk bukak cerita baru hehehe :P

Alkisahnya camni, sudah seminggu lebih i pening memikirkan perihal design untuk wedding sticker tersebut. (eh apa ni, sekejap guna saya sekejap i -_- ) Pedulikan. Maka, i pun start google gambar or clipart yang menarik hati untuk dijadikan rujukan. Banyak gambar yang i jumpa..tapi....hm, susah juga nak pilih yang betul-betul menarik di hati nih. Oh, cerewet betul.

Godek punya godek, ni first design yang i buat. Wajib letak warna pink di situ. Haha :P

Tapi, En Tunang tak approve! Dia nak kartun-kartun nye. Baru cute. Ok, start pening balik!

I terfikir nak guna jeh clipart dari google tuh, tapi takut jadi isu pulak. Tapi pada pendapat i kan, kita boleh jeh guna clipart tuh asalkan mintak izin, boleh ke? Walaubagaimanapun, ada juga clipart yang kita sendiri tak dapat pastikan sumber asalnya. Sebab kadang-kadang boleh je terjumpa gambar yang sama pada website yang berbeza. Pernah tak kamu terjumpa camtu? I pernah. Tapi lupa dah kat mana heheh -_- Lepas tu, bila bukak website tu rajin-rajin lah baca term and conditions dia (ceh, macam i rajin je baca haha) Entahlah, banyak pulak isu plagiarism ni kan? Malas dah nak ulas panjang-panjang. Lari dari topik asal nih.

Last-last i terfikir, why not design sendiri? Pakai paint pun paint lah! Janji i boleh lukis sesuka hati. Miahaha!

Let's see the design.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
scroll lagi bawah heheh
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

My first design. Tak sangka berbakat juga guna paint. Hik! :P

Second design. Cuma tambah pink pada baju bride.

Third design pula veil yang warna pink.

Design dah ada. Hoyeh! Sangat suka dengan design sendiri ngehehehe. Tak tahu kenapa i asek gelak, padahal tak kelakar pun.

Bila dah ada design tu, sengaja je di buat variasi pada kedudukan warna pink. Memang sengaja cari pasal nak buat diri sendiri pening. Hihi.

Tapi, variasi kan bagus? Kita boleh pilih yang terbaik. Tak gitu? But it doesn't apply to me lah -_-

Sebabnya i memang jenis yang agak fail membuat keputusan dari segi design2 ni. Nasib baik ada En Tunang sayang =) Dengan dia, semua kerja jadi beres! Love u!

Keputusan telah di buat, En Tunang memilih design no 1!

Tambah nama both of us sikit, adjust size dan siap! Sori, i tak reveal lagi tarikh. Tunggu save the date siap dulu lah, boleh tak? Hehe =)

Simplicity is best!

Happy!

Oh ya, kalau sesiapa yang berminat nak design yang En Tunang tak approve tu, boleh lah email i. I bagi soft copy. Ada ke orang nak?

Ni ada lagi satu yang i design main-main. U all can have it if you want. Ikut lah nak buat apa pun =) Tapi sorii sebab comot sikit lah. Hehe :P

17 November 2010

Wedding Rubber Stamp-ku Sudah Siap!

Salam again!

Saya sangat happy sekarang ini sebab wedding rubber stamp saya sudah siap! Yuhuhuuu =)

Jumaat aritu i hantar kedai. Pastu isnin siap. Sekejap je.
Harganya cuma rm9. Murah!

Mula-mula nak hantar kedai i risau jugak nak kena bawak soft copy bagai ke?
Takut kalau-kalau dia tak dapat buat ikut design yang kita nak.
Tapi i salah.
Sebenarnya they just scan design kita tu dan buat rubber stamp. Easy!

Lepas dapat je rubber stamp tu terus rasa nak cop cop banyak-banyak.
Hehe. Jakun!
Macam tak penah ada rubber stamp sendiri hihihi =p

Wedding of Nadiatul Ikmal & Mazrul Shazli

Salam dan hai semua.

Ini adalah entry tertangguh tau. Wedding ofismate i merangkap geng i joging lepas balik kerja hehehe. Tapi, pasni dah tak tahu nak joging ngan sape since dia ni kompem nak balik rumah memasak. Dah jadi isteri orang kan? I joging sorang lah nampaknya..Huhu -_-

Wedding of : Nadiatul Ikmal Alias & Mazrul Shazli
Date: 6 November 2010
Venue: Temerloh, Pahang
Theme colour: Purple

Let's see her pictures lah.

The gorgeous bride.

Dear Nadia,

Tahniah babe!
Akhirnya ko dah jadi isteri orang huhuhuhu.
Semoga bahagia hingga ke syurga.
InsyaAllah..

=)

Salam Aidiladha

Salam Aidiladha everyone!

Have a nice day today, ok?

=)

14 November 2010

Wedding Rubber Stamp

Salam.

Again, hai semua!

Malam ni tetibe i rasa excited plak nak update banyak2. Bukan apa, pas few weeks i busy sungguh. Siang keje, malam pula i setelkan gam boxes. Tinggal sikit saja lagi. Hoyeh! Kalau online sekejap2 tu i cuma sempat blogwalking 2-3 blog pastu dah. Tak sempat juga nak update -_- Pasni i will try carik masa lebih dan blogwalking ke semua blog k? Aha. Berangan sungguh. Tapi kalau sempatlah tau.

Kali ni i nak share bout my rubber stamp. Lagi satu keje gedik i nak jugak buat. Boleh tak? Hihi :P I really admire Kay Kamal's rubber stamp. Serius cantik! She's so talented lah mendesign nih. Pakai Photoshop bagai. Oh, i memang fail gila guna Photoshop. Takat basic tu tahulah. Dan kalau design handmade ke i boleh lah jugak buat. Hehe.

Let see her design. Cantik tahu?

Credit: Kay Kamal

So, as for my rubber stamp i dah siap design dah. Simple jeh. Tapi i sangat suka =) Jumaat aritu i dah hantar kedai buat. Can't wait.

Seperti yang i cakap, simple je kan? Ehe. Tapi kan, kat mana i nak tempek rubber stamp ni? Haa...tunggu..Ceit, saje nak bagi suspen hihihi :P

Pasal flourishes tu, u all can find them a lot at Weddingclipart. Ataupun google je flourishes. Pastu edit sikit2.

Murah tapi cantik for your pictures deco

Salam dan hai semua.

Kamu semua tentu terfikir kalau nak deco guest book table, mesti nak guna frame untuk display pictures kan? Tengah2 survey aritu i terjumpa idea yang lebih murah. Cantik dan mudah untuk dibuat. Betul ni. Cuba lihat di bawah.

So sorii i terlupa jumpa pic ni kat mana T_T

See? Senang dan mudah je untuk dibuat kan? Tak payah sibuk-sibuk beli frame. Hehe. Walaupun ia tak boleh diletak di guest book table, tapi ia boleh digantung di dinding (if ur guest book table di tepi dinding) as ur deco, perhaps?

Selamat mencuba!

=)

08 November 2010

Wedding wishes and his birthday celebration!

Salam dan hai semua.

First of all, walaupun macam dah lama gila dah lapuk i tetap nak wish jugak.

Pertama:

Dear Xora dan Zaila,

Selamat Pengantin Baru
Semoga kalian bahagia bersama yang tercinta.
Dunia dan akhirat.
InsyaAllah..

Kedua:

Tahniah Nora!
Hebatlah kamu menang Urban Vibe Online Contest itu huhuhu.
Saya happy untuk kamu.
Rezeki nak kawen kan?
Hihihi
And tak lupa juga kepada pemenang2 yang lain.
Tahniah tahniah!

.............................................................................................

Sedikit update minggu ni.

Satu minggu En Tunang pergi kursus. Tj Malim pulak tuh. Jauh. Rindu pulak rasa. Wuwu -_- Takpe lah, demi kerjayamu.

31 October aritu birthday En Tunang kesayangan. I takde buat suprise pape sangat pun. Seriusly, i memang tak pandai nak buat suprise. Hoh T_T Sure tak jadik punye lah. Sabor je lah. Haha. Maka, on that day, both of us just spent quality time together. Makan. Movie. Jalan-jalan. Tapi kesian kat dia sebab he had a bad flu on that day wuuu..Asek dok terbersin je -_-

Tapi, dah nama pun birthday kan for sure akan ada birthday card. For that day, ini lah yang termampu i buat. 2-3 days before i dah start buat dah kad untuk dia. Dah lama gila i buat keje camni. Gunting2 kertas kaler-kaler dan tampal-tampal. Dulu tima zaman sekolah rajin lah jugak haha. Seronok juga bila perasaan nak buat kad tu datang balik =)

So, here's birthday card for him. Siap ada sampul gitu. Hihihi :P

Happy Birthday sayang!

A big heart for my love!! Isi dalamnya i tayah tunjuk lah. Comot. Haha :P

Instead of the card, petang Sabtu tu (birthday dia Ahad) baru i terlintas dalam fikiran nak masak something for him. Trifle! Walaupun i tak pernah masak trifle nih, tapi i tahu i boleh! I pun google lah apa lagi haha :P

Nampak sedap kan?? Cubaan pertama berjaya, yuhuu! Sukanya i sebab sedap *puji diri sendiri nih aha* Topper tu amek dari birthday card tadi pastu cucuk kat situ. Comels. Hihihi. Berangan nak buat camni jugak for cupcake hantaran, boleh tak? =)

Lastly..

Saya rindu dia ni..

-_-

....................................................................................

Weekend baru-baru ni kami celebrate his belated birthday kat KL =)=)=)

Sempat jumpa Dani dan Aqma darlink!
Happy =)

31 October 2010

He is now 24 years old

Salam.

Dear love En Tunang,

Happy Birthday sayang!
31 October 1986 - 31 October 2010

There's nothing else to say..

except

I love you so much.
Really miss you right now.

Huhu -_-

30 October 2010

Will you be my bridesmaids?

Salam dan hai semua.

I mengimpikan untuk mempunyai ramai bridesmaids. Oh, berangan itu memang indah. Haha!

Walaubagaimanapun, i sudah cukup gembira jika mempunyai bridesmaids. Tak kira lah berapa orang pun.

Actually, i tak mahu membebankan kawan-kawan untuk jadi bridesmaids i. Siapa yang sudi tu i dah cukup-cukup gembira huhu. Eh eh, tapi siapa yang sudi jadi bridesmaids i nih? *perasan je orang yang jadi bridesmaids dia :P*

Maka, entry ni i nak tujukan khas untuk bakal-bakal bridesmaids. Sort of invitation lah nih. Boleh tak? Hehe. Tapi, i tak paksa tau. If you guys really can't make it, it's ok tau. I paham. Huhu.

Maid of Honour dah kompem : my deng Nurul Zaadah Juhari =)

Bridesmaids:
1. Betty
2. Ria Razali
3. Nadirah Alias
4. Wanie
5. Mahfuzah
6. Rozaireen
7. Asha
8. Zatty
9. Aqma Laily
10. Epy Nordin - even though i tahu dah u can't make it, tp still nak invite jugak boleh? hihi :P

Wah! See the list? Oh sungguh lah berangan! Haha! =D

Maka, sudikah kalian menjadi bridesmaids ku? Huhu.
So, will you be my bridesmaids? *english version*

The reason why i choose them cos some of them part of Gaul and my schoolmate. And most of them live in Kuantan, which is sangatlah senang nak datang wedding i. Oh, except for Aqma darlink lah, but in future your hometown will be Kuantan jugak kan hun? Hehe :P Kalau i pilih kawan-kawan i yang duduk jauh-jauh semata-mata nak jadi bridesmaids, kang macam terpaksa pulak deorang datang wedding i yang jauh ini huhuhu. Jangan kecil hati tau kawan-kawan ku yang jauh? Kalau kamu semua sudi datang, kita masih boleh bergambar dengan sakannya huhu!

That's all for now. Bye! I mahu tidur. Gudnite everyone and sweet dreams! *i mahu bermimpi indah hahaha sila muntah*

Update Checklist : 3 bulan lagi..

Salam dan hai semua.

Mari-mari update checklist masing-masing. Dah berganjak dah ke dari checklist bulan lepas? I ada masa lagi 3 bulan.. Huhuhuhu -_-

♥ PROSEDUR PERKAHWINAN

: Kursus kahwin done on 10 & 11 Julai 2010
: Kebenaran kahwin
: Ujian HIV
: Kadi

♥ NIKAH

: Tempat --> masjid
: Persalinan nikah :: baju, veil, tudung, kasut :: --> booking with Abg Kamal, deposit paid
: Make-up and accessory - Kak Rozy
: Bunga tangan
: Bantal nikah

♥ SANDING

: Tempat --> rumah
: Pelamin and deco --> done booking with Kak Rozy 090710
: Persalinan sanding :: baju, veil, tudung, kasut :: --> booking with Amy Mustafa, deposit paid
: Make-up and accessory - Kak Rozy

: Bunga tangan

: Meja makan beradap
= centerpiece

: Hiasan bilik pengantin
= cadar
= lampu
= bunga
= langsir

: Potong kek
= meja
= alas meja
= kek
= pisau and ribbon

♥ BERTANDANG

: Tempat - rumah En Tunang
: Pelamin and deco - no need
: Persalinan tandang :: baju, veil, tudung, kasut :: --> booking with Amy Mustafa, deposit paid
: Make-up and accessory - Kak Rozy

: Bunga tangan
: Meja makan beradap

♥ PHOTOGRAPHER

: Pre-wedding
: Nikah
: Sanding
: Outdoor
--> all done booking 140710 with Shasmanizam, deposit paid
: Bertandang --> shoot by Epul, as hadiah kawen =)

♥ MISCELLANEOUS

: Food --> Diserahkan kepada En Mokhtar dan Puan Nor Asfaliza =)

: Door gift --> Ongoing. Now tengah gigih gam boxes sambil di bantu oleh mama. Mama tolog lipat2 boxes tu, Tinggal lagi sikit je lagi huhu..
= glass IKEA
= plastic
= pink ribbons
= thank you tag
= sweets / food / etc

: VIP gift
= gift
= plastic
= ribbons
= thank you tag
= paper bag
= sweets / food / etc

: Kad kahwin
: Kanopi
: Bunga telur
: Bunga manggar

: Guest book
= table
= table cloth
= guest book --> ingat tak yang i mahu DIY guest book ni? I dah beli sketch book. Tapi belum start DIY lagi. Huhu
= pen
= centerpiece

: Kompang boys
: Penanda arah
: PA system
: Maid of Honour & Bestman
: Bridesmaids & Groomsmen
: Flower girls
: CD lagu
: Setem

♥ HANTARAN FOR HIM

1. Sirih junjung
2. Cincin
3. Perfume set
4. Kasut
5. Kemeja and tie
6. Sejadah and tafsir
7. Jam
8. Wallet and belt
9. Buah
10. Coklat
11. Kek

♥ HANTARAN FOR HER

1. Sirih junjung
2. Jeweleries
3. Perfume set
4. Mas kahwin
5. Duit hantaran
6. Kasut dan handbag
7. Jam
8. Mengkana dan tafsir - mengkana done
9. Gadget
10. Buah

Sekian. Itu lah serba sedikit update checklist saya =). Rasanya macam banyak yang dah settle. At least for the big thing lah. Biasanya mende2 yang kecik2 lah yang paling makan banyak masa kan? For me la. Haha. I harap segala persiapan yang telah dirancang akan berjalan dengan lancar. InsyaAllah. Tolong doakan juga ye kamu-kamu semua? I sangat hargai doa-doa dari kamu-kamu semua. Huhu. Love you all!

p/s: Tinggal beberapa minit je lagi untuk birthday En Tunang. Kepada kawan-kawan yang sudi bagi idea tu i nak ucapkan terima kasih sangat2!!!! Really appreciate your help and kindness. Love u!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails