Semalam dan semalamnya had been a busy days for us. Sebabnya, adik lelaki i bertunang semalam. I sebagai kakak sulong memanglah orang penting dari segi persiapan semua especially bout hantaran lah. Kehulu kehilir bersama encik kekaseh nak beli barang-barang untuk buat hantaran tuh. Hoh. Busy bebenor. Ni baru adik yang nak tunang, kalau diri sendiri tak tahu ler. Hehe. Mama pun dah jadi orang paling sibuk dalam dunia. Ceh. Padahal nak menghantar adik ke umah pompuan jeh, kalau kenduri kat rumah sendiri, i'm positive mama memang paling busy di dunia. Haha.
Tibanya hari pertunangan, sampainya di rumah perempuan kami semua dijemput masuk. Panas gila kalau suruh duduk kat luar jeh. Heh. Bermulalah sesi perbincangan diantara kedua-dua belah pihak. Actually ni first time i betul-betul duduk dan mendengar sekali sesi perbincangan. Before this i cuma sibuk di dapur :) Perkara pertama ialah pengesahan pengantin perempuan. Pakcik tu siap buat lawak ada banyak pompuan kat situ, yang mana satu nak pilih. Hek. Perkara lain yang dibincang seperti duit hantaran, tempoh pertunangan, syarat-syarat sekiranya ingkar dan macam-macam lagi lah.
Sesi perbincangan kedua-dua belah pihak
Sesi menyarung cincin pertunangan
Antara barang hantaran dari pihak lelaki, which most of it i yang buat dibantu oleh encik kekaseh dan adik i dan juga makteh yang super creative! Sebabnya makteh yang buat hantaran kain bentuk topi dan handbag tu serta sirih junjung. Serius lawa kan?
Antara barang hantaran dari pihak perempuan. Si jejaka yang macam perasan hensem tu lah adik i. Sebelah tu, tunang dia Nurul Ain :)
Hoho. Kek fondant bentuk topi ni di sponsor oleh i. I tempah kat Kedai Kek Rozi, Sungai Isap Kuantan. Cantek. Tapi sayangnya abg rozi tak dapat menghasilkan warna bunga yang macam i nak T_T. I nak warna seperti myvi di bawah. Wuwu. tapi takpe lah. Janji kek ni super cantek! Wink wink ;)
Gambar besar hantaran kain dan lace bentuk topi serta handbag. Credit to makteh! Wuhuu :)
Bakal tunang. Hiks :P
:)
No comments:
Post a Comment