Kaum lelaki perlulah mempunyai tahap kesabaran yang tinggi apabila berada dalam sesebuah perhubungan. Sabar pertama sekali adalah dengan segala macam karenah si kekaseh. Bukanlah apa, perempuan ni(yang ni I cakap tentang cik masmOna), terutama kalau dalam membeli ataupun memilih sesuatu yang mereka rasakan amat penting, amatlah kadang-kadang particular dan kadang-kadang amat fussy. Huh! Kadang-kadang, I pun naik pening. Hehehe. Contohnya nak beli sesuatu barang, kejap nak yang macam ni, kejap nak yang macam tu. Tak ke pening kalau macam tu? Tapi apa-apahal, perlulah bersabar. Even, dalam pemilihan layout blog ni pun saya kena banyak bersabar. Hehehe(honesty is the best policy). Tapi I amat hargai apa yang dilakukan oleh cik masmOna kerana nak harapkan I buat pilihan? Memang tunggang langgang ah jadinya. Sebab I ni jenis yang pakai redah aje. Hehehe. Orang cakap, 'tak pikir panjang'. Tapi I rasa, mana-mana lelaki pun camtu kot. I mahu ucapkan terima kasih kepada cik masmOna kerana, tanpamu, siapalah diriku ini. Cewah! Sayang u!
Ok, kesabaran yang ke-2 adalah kesabaran dari segi nafsu. Hikhik! Samada nafsu kepada si kekaseh ataupun nafsu kepada entiti perempuan lain. Yang ni kalau tak kawal, terutamanya yang kedua tu, orang yang dah kahwin pun boleh bercerai. Ok, I tamau bincang panjang lebar tentang perkara ini, sebab lebih baik 'LU PIKIRLAH SENDIRI!'.
Ada lagi kot banyak benda yang perlu disabarkan. Tapi buat masa ni, yang dua diatas itu perlulah dijadikan sebagai suatu bentuk nasihat.(macam ustad pulak) Berjumpa dilain masa dengan entri yang lebih menarik. Insyallah.
1 comment:
kejap nak macam tu, kejap nak macam ni.sian u dah penin ngn i.heheh.
xpe dear, i boleh dapat PCM free kat hosp.hiks :D
Post a Comment