Salam dan hai semua.
Topik hari ini ialah tentang hantaran pula. Wah sungguh skema heh. Seingat i pasal hantaran ialah antara perkara terawal yang i fikir dan yang i beli. Contohnya ini. Suka bebenor i time beli bekas putih tuh. Dah lama i idam-idamkan. Walaupun sekarang ni dah macam outdated tapi i tak kesah. Sebab janji i hepi. Ye tak?
Fyi, hantaran untuk e-day nih i DIY sendiri dengan dibantu oleh mak sedara belah mama iaitu makteh yang sangat kreatif dan selalu menang pertandingan gubahan di kampung beliau. Bukan sahaja gubahan bunga yang makteh pandai buat malah gubahan puding, kek dan macam-macam lagi. Alamak terasa macam karangan dak sekolah la pulak. Heheh.
Ok berbalik kepada hantaran tadi. Memang makteh banyak membantu i yang baru nak belajar nih. Untuk pengetahuan semua, ni first time tau i gubah-gubah hantaran nih. Eh sebenarnya second time lah. Yang first tuh i gubah untuk majlis tunang adik i. Fuhh..seronok. Cukup seronok. Sebab i memang suka seni dan benda2 berseni nih. Makteh cakap idea i ada cuma i tak tahu nak gayakan idea tuh camne. And thanks to her! I banyak gila belajar gubah2 nih. Seronok!! Sebab i dapat hasilkan sendiri the hantarans :)
Kalau bunga-bunga tu dapat kat i kan, i memang hentam keromo jeh gubah-gubah-susun-susun kat dalam bekas putih tuh. Tapi sebenarnya ada cara rupanya nak susun2 tuh supaya gubahan nampak lebih kemas dan classy. Now i know.. Huu :)
Semua hantaran for him i settlekan 3 days before e-day. That is why i guna aritificial flower jeh. Sebab nak siapkan hantaran awal-awal. Kalau guna fresh flower tak tido lah gamaknya the day before e-day kan? Wuwu.
:: Hantaran For Him ::
1. Sirih Junjung
I heart my sirih junjung for him!! Love love love :) Suka sangat. Malam before e-day i gigih susun-susun daun sirih with makteh. Walaupun pada mulanya memang i tak reti tapi setelah belajar i dah jadi pro. Ceits!! Pro lah sangat :D Daun-daun sirih tu disusun waktu malam supaya esok pagi tak kelam kabut sirih junjung tak siap2 lagi. Bunga tak boleh nak cucuk that night sebab bunga mudah layu. Sirih takpe. So pagi esoknya makteh cakap dia akan hiaskan bunga2. At 11am, maktek tak sampai2 lagi sebab dia sakit kepala. Kesian dia. But at the same time, i dah risau gila. Rombongan tiba pukul 1130am. Tapi sirih junjung i tak siap lagi. Uwaa!! I tanak orang lain gubah sebab dah plan cantek dah ngan makteh. Only she knew what i wanted for sirih. Wuwu. Tapi alhamdulillah nasib baik. Sekejap je makteh pun sampai and dia tolong siapkan. Happy!!
2. Sunglass
Sunglass ngan kotaknya tuh i letak dalam bowl. Beli kat Hinode Shop yeh. 5 hingget sahaja satu.
3. Phone
Phone ni pun sama i letak dalam bowl-5-hingget :)
4. Chocolates
5. Persalinan baju melayu
6. Songkok dan samping
7. Cake : Blueberry Cheese
Bakal ibu aka Betty yang tolong i gubah kotak kek nih. I dah tak sempat dah nak buat time tuh. Thanks to her!
:: Hantaran For Her ::
1. Sirih Junjung
As for sirih junjung, his mom tempah kat pasar. But i'm not sure berapa harga dia.
2. Engagement ring with chocolates
Nak tahu siapa yang gubah this one? I ler.. Si tukang tanya :D Gila tak kemas -_- Kat keliling bekas tuh ada glass cute2 actually. His mom letak chocs inside instead of bunga rampai / potpourri. Nak kelainan sikit.
3. Sepersalinan nikah
4. Buah-buahan
Sekali lagi, his mom tempah jeh this :D
5. Cake : Chocolate Indulgence yum2!!
Haa..itulah semua hantarans e-day both of us :) Bekas kayu putih tu kitorang akan recycle for wedding nanti. Hiks. Bukan kedekut sebenarnya tapi ni adalah cara yang baik untuk berjimat :D
Dalam kesibukkan e-day ni kan, memang wajib lah akan ada perkara yang kita terlepas pandang. I lah tuh. Kalau u all perasan pada sirih junjung for him tu takde alas satin warna pink. Just alas baki jeh. NO LINING! Wawa. Nampak cacat tak? Seriusly i memang terlupa sangat. I beli alas satin tuh kat Cowboy, 1 set ada 6 helai je inside. I beli 1 set jeh. So kompem lah tak cukup satu kan? Silly -_- Jangan jadik macam i yeh. Huhu.
4 comments:
CANTIKNYE!!!! u wat sndri sume kan? jelesnye ngn org pandai DIY secantik ini
yup kay :) i gigih belajar with my makteh. u pun boleh try DIY cantek cantek jugak. seronok tau.
tenkiu dear :)
cantik2 sume hantaran u!! hihi..kalo u tak cakap yg alas satin for sireh tu tak lengkap, mmg hana tak perasan pun.. =)
thank u so much hana :)
haa..tau x pe.pls hana jgn jadik macam i time ur w-day okeh? hihi :D
Post a Comment